Tuesday, 3 January 2012

Bagaimana suluk BERADA di Melaka

Sebulan yang lalu ketika penulis dalam perjalanan balik dari Johor ke Kuala Lumpur, iaitu setelah mengadakan perjumpaan dengan saudara-saudara Tausug di Melaka berdekatan Sungai Udang, penulis telah melalui jalan MASJID TANAH.

Sahabat penulis memberitahu bahawa di Masjid Tanah terdapat perkampungan SOLOK di sekitarnya yang kemungkinan ada kaitan dengan bangsa SULUK @ SULUG @ SUG abad ke-13. Sebelum melalui pekan kecil Masjid Tanah menuju ke Kuala Lumpur beberapa kampung dan nama jalan termasuk nama sekolahnya terdapat nama SOLOK.

Hal ini tidaklah menghairankan memandangkan Bangsa LUZON (LU-SUNG @ SUNG-LU @ SU-LU) pernah menjadi tentera membantu Raja-Raja Nusantara memerangi musuh-musuh mereka. Dalam catatan sejarah nama yang dinisbahkan kepada Bangsa Tausug ialah LUZON dan LUCOES (LUGUS).


PERDAGANGAN, BAHASA & KEPERCAYAAN
TAUSUG menutur bahasa Melayu dialek TAGUIMAHA yang sedikit bercampur bahasa Hebrew, China dan Dayak. Bahasa Melayu dialek Taguimaha ini akhirnya menjadi bahasa Lingua-Franca di Seluruh Kepulauan Sulu termasuk Luzon Visayas yang kita kenali sebagai bahasa TAUSUG hari ini. Telah menjadi satu bukti bahawa bahasa awal Butuan, Cebu (Sug-Bu), kepulauan Visaya sehingga ke Fi Amanillah (Manila) sebenarnya adalah bahasa Taguimaha @ Lucoes. Para pengkaji sejarah Filipina sengaja memutar belit kenyataan ini dengan mengatakan bahasa Joloano atau Tausug adalah berasal dari Butuan-Visayas.

Bahasa Sug yang ditutur oleh Tausug hari ini berasal dari bahasa kaum Taguimaha. Mereka sudah lebih awal mempunyai kebudayaan dan peradaban semenjak zaman Nabi Sulaiman a.s. menguasai Kepulauan Sulu. Golongan tua Kaum Taguimaha menyatakan bahawa sebelum kelahiran Rasulullah SAW dan kedatangan Sayyid Abu Bakar ke Sulu mengislamkan Buranun, mereka sudah memang menganut Islam.

Kerana Taguimaha itu sendiri termasuk orang Lucoes adalah berdarah Bani Israel yang percaya kepada SATU TUHAN (Monotisme). Sebab itu kaum Taguimaha lah yang terawal menganut Islam seawal abad ke-7 lagi ketika Islam datang melalui Dinasti China (Sahabat Nabi SAW iaitu Saad ibn Abi Waqqas membawa Islam ke negara China pada tahun 630-50 Masihi). Hal ini telah disinggung sepintas lalu oleh Cesar Adib Majul dalam "Muslim in the Philippines" tulisannya. Beliau menyebut bahawa sebelum kedatangan Sayyid Abu Bakar ke Buansa, kaum Taguimaha sudah memang manganut Islam yang biasa dipanggil sebagai Syaikh dan Tuan. Adib Majul percaya inilah bukti bahawa Islam datang ke Sulu melalui China.

Kaum Lucoes atau Taguimaha sudah lama menjalinkan perdagangan dengan China. Sumber mutiara kerajaan China ialah dari Sulu sehingga hujung abad ke-18. Busana atau pakaian orang Sulu pula dan apa sahaja jenis kain hampir kesemuanya dibawa dari China, sebab itu sehingga abad ke-19 penduduk Sulu masih memakai pakaian dari jenis tenunan China.

Asal usul Sundang tidaklah diketahui secara tepat siapa pencipta awal, yang pasti ianya digunakan oleh Tausug berabad lamanya, adalah adaptasi dari keris yang bermotif Naga yang biasa gunakan di Nusantara. Menurut sejarah, Sundang mula dibawa oleh Orang Bugis Makassar dari Sulawesi ke Riau dan Tanah Melayu lewat abad ke-17. Ramai ahli sejarah tidak mengetahui bahawa nama asal bangsa Bugis ialah Baklaya. Menurut tradisi lisan masyarakat Sulu, Baklaya adalah juga Tausug. Istilah Bugis baru muncul selepas abad ke-17 hasil perseteruan Makassar dan Bone. Bone telah dibantu oleh bangsa "Ugis" (Samada orang Belanda atau Portugis yang berkulit putih) memerangi Makassar sebab itu sehingga abad ke-19 Orang Makassar enggan dipanggil Bugis. Dalam bahasa Tausug, "Ugis" bermaksud "berkulit putih atau Albino".



Tausug cenderung menggunakan keris Sundang berbanding keris TAMING yang lebih kecil yang biasa dipakai oleh pahlawan di tanah Melayu. Sundang adalah gabungan keris naga digabung dengan bentuk pedang. Lidah Tausug menyebut keris dengan "Kalis", pedang pula disebut "Puddang". Kepandaian Tausug menggunakan Sundang ialah dapat memutuskan dengan mudah dua mayat yang diletak bertindih.


Kalis Sundang atau Keris Sundang adalah keris tradisi Tausug sejak dahulu kala. Beberapa jenis Sundang seperti Kalis Tulid (Lurus), Kalis Seku (Bersiku atau berlok), Kalis Taluseku (Separa Lok) telah menjadi kebanggaan. Telah menjadi gurauan Tausug juga bahawa keris Taming (kecil) adalah seperti ular kecil sedangkan Sundang adalah NAGA yang boleh menelan siapa sahaja.



TAUSUG ADALAH PAHLAWAN TULEN ATAU TENTERA UPAHAN?
Merujuk kepada maklumat dalam bahasa Inggeris di atas, rujuk *17, menyatakan bahawa ketika kedatangan Portugis pada tahun 1500-an telah menyaksikan bahawa LUZON telah melibatkan diri secara aktif dalam politik dan ekonomi malah menguasai laluan strategik jalan perdagangan di Nusantara ketika itu. Sebagai bukti, Sultan Melaka berusaha merebut semula Melaka dari tangan Portugis pada 1525 dengan bantuan tentera LUZON.

Sebenarnya hubungan Sulu dengan Melaka sudah lama terjalin lama sebelum itu, sebagai contoh Barbossa telah mencatatkan ketika beliau singgah di Melaka pada tahun 1512 beliau mendapati terdapat 500 keluarga Lucoes (Tausug) berniaga di Melaka pada ketika itu. Sudah tentu sebagai rakan dagang, Sulu wajib membantu Sultan Melaka memerangi Portugis. Tentera LUZON @ Lucoes atau Sulu ini kekuatan mereka adalah di laut. Sejarah Melayu menyatakan bahawa Sultan Melaka telah meminta bantuan "Orang Laut" menjaga perairan Selat Melaka dari para perompak Laut. Sebenarnya Orang Laut yang dimaksudkan ialah kaum Bajau Balangingi yang senantiasa mengiringi dan mengawal kapal-kapal dagang Sulu ketika itu. Samada Bajau Balangingi, Lucoes dan Taguimaha mereka ini memang duduk di kepulauan yang dipanggil LUZON oleh Portugis.

Peta pulau yang diduduki oleh masyarakat Tausug Lucoes yang masih kekal hingga hari ini di Sulu.

Menurut Neldy Jolo, LUZON yang dimaksudkan di atas ialah LU-SUNG @ SUNG-LU atau SULU itu sendiri. Ketika itu wilayah kekuasan orang-orang Sulu meliputi semua kepulauan Filipina Tengah-Utara sehingga ke Taiwan. Ianya bukan kuasa penaklukan tetapi kuasa perdagangan. Kaum Taguimaha yang menutur bahasa Melayu (Bahasa Sug) telah menguasai semua kepulauan atas nama perdagangan. Namun untuk menjadi kuasa perdagangan memerlukan KEKUATAN KETENTERAAN sebagai pertahanan.

Ikatan orang-orang Sulu ini menjadi kuat setelah kedatangan Islam. Mereka diikat dengan aqidah sehingga ajaran Islam yang melibatkan PERSAUDARAAN telah berakar umbi menjadi BUDAYA bangsa mereka. Sebab itu mengapa orang Sulu telah terkenal menjadi TENTERA IMPORT atau tentera bantuan "Yang Berguna". Berdasarkan kenyataan berbahasa Inggeris di atas menggambarkan kekuatan tentera Sulu, yang kadang-kadang berada di kedua-dua belah pihak yang berperang. Tentera Sulu kelihatan seolah-olah tentera upahan kerana keadaannya yang seperti tiada pemimpin yang mengawal mereka,
SULTAN OF MALACCA decided to retake his city from the Portuguese with a fleet of ships from LUZON in 1525 AD.
LUZON ships formed part of the Atjehnese fleet (Armada Acheh) that attacked key settlements along the straits.
At the same time, LUZON warriors formed part of the opposing BATAK-MENANGKABAU army that besieged Atjeh or ACEH. (Penulis mendapati banyak persamaan bahasa Batak Simalungun dengan bahasa Tausug di Sulu).
On the mainland, LUZON warriors aided the BURMESE KING in his invasion of SIAM in 1547 AD. (Tetapi pada abad ke-17 Tausug banyak menangkap kaum dari Burma lalu dijual kepada kesultanan Brunei. Kaum ini banyak bertebaran di sekitar sempadan Sarawak-North Borneo hari ini).
At the same time, LUZON warriors fought alongside the KING OF THAILAND and faced the same elephant army of the Burmese king in the defence of the Siamese capital at Ayuthaya. (Hingga hari ini budaya tarian Siam Ayuthaya masih kelihatan pada Tausug di Sulu yang dipanggil Pang-Alay kemungkinan asimilasi dari tarian Melayu-Siam).
When the Portuguese finally took the MALACCA in 1512 AD, the resident Lucoes held important government posts in the former sultanate. (Tidak hairan wujud kampung SOLOK @ Suluk @ SULUG di Melaka hari ini di sekitar Masjid Tanah).
In 1591 AD, the CAMBODIAN KING Phra Unkar Langara sent a gift of two royal elephants, gems and horses to the lords of LUZON to petition them to aid him in the war against SIAM. (Hubungan Raja Kemboja dengan kesultanan Sulu (Lords of Luzon) inilah kemungkinan yang menjadi sebahagian keluarga Sulu yang dipanggil Melayu-Dampuan @ Champuan @ Champa)


Ini adalah contoh kaum Dayak atau Ayta di Filipina hari ini. Mereka menunjukkan kehebatan dan keberanian dengan tatu sebagai budaya mereka sebagaimana kaum Dayak di Borneo. Ketika kegemilangan Sulu dahulu, kaum Dayak atau bagi Spanyol dipanggil Indeo bermaksud bangsa PAGAN ini, digunakan memerangi orang-orang Sulu. Sebab itu orang Sulu menyerang balas dan mencolek mereka pula ketika ketiadaan Spanyol, lalu dijual ke merata tempat seluruh Nusantara. Jose Rizal menulis kesedihannya bahawa telah hampir "kering"rakyat Indeo ditangkap oleh Orang Sulu untuk dijual-beli dijadikan hamba. Nampaknya tatu langsung tidak menakutkan Tausug. Foto ihsan http://www.apat-na-alon-tribe.com/history.html


Hakikat yang sebenarnya Tentera Sulu bukanlah TENTERA UPAHAN secara total, ia bergantung kepada keadaan seperti hari ini, ada tentera Tausug yang jadi integrated bersama tentera Filipina yang ditugaskan memerangi Abu Sayyaf yang juga Tausug. Malah lebih teruk ada yang boleh diupah untuk "mencolek" tanpa melihat siapa yang menyuruh dan mengarahkannya.

Kekuatan Tentera Tausug ini telah menjadi buah mulut sejak berkurun lamanya di Nusantara hinggakan James Francis Warrent menggelarkan wilayah ketenteraan Tausug sebagai "Sulu Zone" yang mencakupi keseluruhan laut Nusantara. Malah dikatakan Ferdinand Magellan pernah berkata "Kalau aku mempunyai hanya 1000 pejuang Tausug, sudah cukup untuk aku menakluki dunia".


Sebelum tahun 1500-an tentera laut Sulu dianggarkan telah pun menggunakan perahu layar yang agak besar dan laju dinamakan Adjung @ Joanga. Walau pun binaan kapalnya hampir sama dengan binaan kapal Jawa namun mempunyai kelebihan khusus seperti mempunyai KATIG (buluh pengimbang) dan didayung oleh puluhan pendayung dan mempunyai lantaka atau meriam kecil mudah alih di hadapan. Menurut pakar menyatakan bahawa orang-orang Sulu adalah pembuat perahu layar yang paling laju yang tidak mampu ditewaskan oleh kapal-kapal penjajah Eropah, malah merekalah pembuat meriam mudah alih yang terbaik di dunia.


Gambar klasik meriam mudah alih Tausug yang dipanggil Lantaka oleh Spanyol. Meriam mudah alih biasanya diletak di hadapan Adjung.

Kekuatan inilah yang menyebabkan Spanyol sampai ke akhirnya tidak pernah menakluk Sulu. Kekuatan maritimnya yang ditakuti Inggeris sehingg ke akhirnya Inggeris enggan memerangi Tausug malah bertindak membayar ufti (cukai), contohnya:
Kerajaan British menghantar Dyrample pada abad ke-17 untuk berkawan dengan kesultanan Sulu dan para Datu sambil. Beliau tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mendapat konsesi memajak Balambangan dari Kesultanan Sulu dan membina kota besar di sana. Tetapi telah dimusnahkan oleh Datu Titing. Kompani British tidak membalas hanya berdiam diri.
Sir Stamford Raffles terpaksa membayar cukai untuk menduduki Singapura dan perairannya. Hal ini terbukti bila beliau menghantar Sir Jhon Hunt ke Sulu pada 1814 untuk mengkaji kehebatan Sulu dan kekurangannya. Sir Jhon Hunt berjaya bersahabat dengan Datu Aranan Puyo ketika di Jolo. Kalau beliau bukan pembayar cukai sudah tentu sudah lama dibunuh oleh Tausug. Hal ini turut disinggung oleh Adib Majul dalam bukunya "Muslim in the Philippines".
Kedatangan James Brooke mengadap Kesultanan Sulu di Jolo sambil membincangkan hal perdagangan sebelum beliau menduduki Sarawak. Ternyata James Brooke turut membayar cukai untuk beliau dapat menduduki Sarawak dengan selamat dengan gelaran Rajah of Sarawak. Hal ini turut disinggung oleh Adib Majul.
Baron de Overbek dan Alfred Dent berjumpa Kesultanan Sulu untuk mentadbir North Borneo pada tahun 1878. Wujud dalam perjanjian dan menurut Kesultanan Sulu kompani British dan Baron serta Dent sebenarnya adalah rakyat Sulu, hanya bertugas sebagai "penyewa" North Borneo untuk perdagangan. Istilah "selama mana ia mahu" adalah hadiah kepada Baron dan Dent yang membantu persenjataan Sulu ketika berperang dengan Spanyol.




No comments:

Post a Comment